Tun Jeanne saran tanam pokok di bandar
PUTRAJAYA: Pengerusi Landskap Malaysia, Tun Jeanne Abdullah,
menyarankan penanaman pokok di kawasan bandar selain tanaman bunga
sebagai usaha untuk mengekalkan kehijauan alam sekitar.
Beliau berkata, pokok menyerap karbon dioksida dan ia adalah sumber oksigen untuk membersih dan menyejukkan udara secara semula jadi.
"Kita ada teknologi hijau, bangunan hijau untuk mengurangkan pengeluaran karbon tetapi pokok adalah sumber semula jadi.
"Saya berharap rakyat mempertimbangkan kepentingan menanam pokok di sekitar kawasan rumah," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pameran hutan hujan Landskap Malaysia di Floria Putrajaya di sini, malam tadi.
Turut hadir suami beliau, Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas Perdana Menteri yang juga Penasihat Landskap Malaysia.
Jeanne berkata, bagi Landskap Malaysia, pihaknya mahu mewujudkan kesedaran mengenai hutan hujan, kerana sebagai masyarakat bandar, mereka tidak mempunyai peluang untuk menerokai hutan.
"Kita bawa hutan kepada mereka. Selain itu, ia juga untuk menimbulkan kesedaran memelihara hutan yang menjadi habitat hidupan liar," katanya.
Mengenai festival itu, katanya beliau sentiasa menggalakkan acara sedemikian diadakan bagi memupuk kesedaran di kalangan masyarakat tentang kepentingan mencintai alam sekitar.
Beliau berkata, dengan penyertaan pelajar sekolah di dalam festival itu juga dapat menimbulkan minat di kalangan mereka terhadap alam sekitar.
Jeanne berkata, beliau turut menyarankan kepada pihak penganjur agar pameran hutan hujan itu dikekalkan di tapak tersebut sebagai antara usaha untuk menghijaukan lagi bandar pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment